Loading
Fortuna Media.com
Selamat Datang Di Blog Fortuna Media.com
Terima kasih atas kunjungan Anda di blog Fortuna Media.com
semoga apa yang saya share di sini bermanfaat dan memberikan motivasi pada kita semua
untuk terus berkarya dan berbuat sesuatu yang boleh berguna untuk orang banyak.

Panduan Lengkap 12 Bidang Pekerjaan 'Salary'Tinggi Tanpa Perlu Ijazah Di Malaysia


Panduan Lengkap 12 Bidang Pekerjaan'Salary'Tinggi Tanpa Perlu Ijazah Di Malaysia

Dan berita baik bagi siswazah lulusan UTM-UITM-UIA dan University lain setaraf dengannya yang meminati bidang kerjaya 'Oil & Gas'. Sebuah syarikat yang beribupejabat di Dubai-United Emirate Arab dan mempunyai cawangan di Malaysia bernama Petrofac membuka peluang bagi sesiapa saja berminat dalam bidang Oil & Gas' dan bidang teknikal lainnya untuk menceburi kerjaya ini.


 
Halo Sahabat,Mungkin Anda ada terbaca di akhbar atau di media internet tentang rancangan kerajaan Malaysia akan membawa masuk pekerja dari negara Bangladesh seramai puluhan ribu orang untuk ditempatkan diladang-ladang estet kelapa sawit di Sarawak dan Sabah.

Dan sudah pasti impact negatif dalam lingkungan masyarakat setempat adalah sangat besar nantinya dengan kebanjiran pekerja dari negara yang saya sebutkan diatas.

Dimana negara kita dalam pengurusan pekerja/pendatang asing masih banyak yang perlu diperbetulkan dan dipertingkatkan.Misalnya cara penempatan atau perumahan untuk para pekerja asing yang dibiarkan mencari rumah sendiri untuk tinggal diperkampungan dan perumahan rakyat Malaysia adalah perkara yang paling tidak efisien-banyak hal-hal negatif kepada rakyat tempatan dengan sistem begini.

Sudah saatnya pihak berkuasa negara kita yang terlibat dalam pengurusan pendatang asing ini-mencontohi negara Singapura dan Jepun dalam soal cara pengurusan perumahan pekerja asing.

Di Singapura dan Jepun pekerja-pekerja asing akan ditempatkan disuatu kawasan perumahan dan kompleks khas samada berdekatan tempat kerja atau jauh sedikit.Namun tidak sesekali dibiarkan tinggal berserakan dikawasan perumahan atau perkampungan penduduk tempatan.

Dan kedua negara tersebut juga sangat mengawal segala pergerakan pekerja asing waktu habis bekerja dan cuti umum dengan tidak membiarkan secara berleluasa pekerja-pekerja asing berkeliaran di bandar-bandar.Dibandingkan di negara kita kebanjiran pekerja/pendatang asing berkeliaran di bandar-bandar sangat membimbangkan kita.

Kita tak lupa lagi bagaimana ketika mantan PM Malaysia Tun Abdullah Badawi pada tahun 1990,dengan tegas dan terpaksa menghantar balik ribuan pekerja dari negara Bangladesh dan Pakistan yang diambil bekerja untuk membina lapangan terbang KLIA-Kuala Lumpur Internasional Airport.kerana tindak salah laku yang sangat membimbangkan kerajaan Malaysia juga atas desakan 'public opinion' rakyat Malaysia.

Akhirnya kerajaan Malaysia bersetuju lagi mengambil pekerja Indonesia yang terkenal rajin,taat dan tidak 'curi tulang' semasa waktu bekerja.

<img src="Panduan Pekerjaan.jpg" alt="Panduan Lengkap 12 Bidang Pekerjaan 'Salary'Tinggi Tanpa Perlu Ijazah Di Malaysia ">
<Syamsuddin,TKI asal Sidoarjo,Jawa Timur di Estet Kelapa Sawit Pulau Carey, Selangor Malaysia/Photo by kompasiana.com)


Disini timbul pertanyaan kita apakah memang semua rakyat Malaysia sudah bekerja atau tiada yang menganggur -pengangguran lagi.Atau pekerjaan di ladang-ladang estet kelapa sawit ini memang tidak menarik minat rakyat Malaysia sehingga harus mengimport pekerja dari negara asing,

Secara jujur saya katakan,fenomena ini memang benar berlaku.Diantara sebabnya adalah kerana masih banyak peluang-peluang pekerjaan dibidang lain yang masih bisa di ceburi majoriti rakyat Malaysia.Yang penting Anda memiliki sekurangnya sijil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia),setaraf lulusan SMA di Indonesia.

Di Malaysia,untuk bekerja di mana-mana agensi swasta dan kerajaan,perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).Dan pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat keterangan positif dalam sijil berhenti sekolah.

Ini adalah penting,jika seorang pelajar itu tidak berminat,atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.Dan ingin mencari pekerjaan perkara sijil yang disebutkan diatas mestilah ada untuk rujukan bakal majikan.Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeda dengan sistem di negara-negara lain.

Pada artikel kali ini saya share dengan anda pembaca setia blog Fortunamedia-khusus bagi Anda yang tak minat bekerja di estet kelapa Sawit hehe;) Tentang peluang pekerjaan(kerjaya)yang boleh Anda ceburi dan memberi imbalan gaji  lumayan kepada yang berminat. Walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari mana-mana universiti.



<img src="Panduan Pekerjaan.jpg" alt="Panduan Lengkap 12 Bidang Pekerjaan 'Salary'Tinggi Tanpa Perlu Ijazah Di Malaysia ">


Juga kepada anda yang berjiwa lasak dan tidak mahu terpuruk selamanya dengan kerja dipejabat atau kantor sahaja.Peluang bekerja di bidang ‘oil and gas’ adalah besar dan banyak sekali seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy Inc.

Dan untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, Anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan
Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia)
(?)Dan disebabkan kini semakin kurangnya tenaga pekerja
profesional-non profesional dibidang ‘oil and gas’ dan operator pelantar minyak.Maka sebagian syarikat-syarikat yang mengambil sub-kontrak dibawah Petronas,terpaksa mengambil pekerja dari negara India.

Fenomena ini sangat membimbangkan kita,kerana gaji yang ditawarkan
dibidang ‘oil and gas’ dan operator pelantar minyak,begitu lumayan sekali.

Well, Mari kita lanjutkan peluang-peluang pekerjaan atau kerjaya yang menanti Anda dengan gaji-pulangan besar tersebut;


(!)Rig Operator & Operator Pelantar Minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi (reference)

Sebaiknya sebelum memasuki bidang ini.Anda perlu mengambil sijil yang dikeluarkan oleh CSWIP yang diiktiraf diperingkat Internasional dan bukan sahaja di Malaysia.Dengan memiliki sijil tersebut anda seterusnya boleh ceburi beberapa bidang kerjaya yang bergaji besar diantaranya;


1. Welding Inspector,
2. Welding QC Co-ordinator,
3. Plant Inspector,
4. Offshore Inspection,
5. Non-destructive Testing,
6. Plastics Welders.
7. Welder-bidang ini terdapat berbagai kerjaya khusus lainnya.

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional adalah DOSH & NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).


<img src="Panduan Pekerjaan.jpg" alt="Panduan Lengkap 12 Bidang Pekerjaan 'Salary'Tinggi Tanpa Perlu Ijazah Di Malaysia ">
                               Photo by http://www.petrofac.com/
8.Safety & Health Officer,
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan dan organisasi itu mengikut standard
DOSH.(gaji besar sudah semestinya tanggungjawab juga besar)

9.Rig Operator & Operator Pelantar Minyak,
Pekerja am(umum)yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.

Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal,mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terdapat di beberapa negeri di Malaysia.

10.Wireman,
Bertugas untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak.Wireman ini juga mempunyai berbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

11.Chargeman,

Bekerja untuk mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

12.RoHS officer,
RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik.

Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan (
manufacturing companies)Internasional memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Dan berita baik bagi siswazah lulusan UTM-UITM-UIA dan University lain setaraf dengannya yang meminati bidang kerjaya 'Oil & Gas'. Sebuah syarikat yang beribupejabat di Dubai-United Emirate Arab dan mempunyai cawangan di Malaysia bernama Petrofac membuka peluang bagi sesiapa saja berminat dalam bidang Oil & Gas' dan bidang teknikal lainnya untuk menceburi kerjaya ini.

Dan kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang kurang cemerlang.Kita berharap jangan bimbang dan jangan terpengaruh dan terjebak dalam persepsi masyarakat yang kurang membina.Dimana persepsi mereka,pelajar SPM hanya layak untuk bekerja sebagai dispatch atau jadi budak pion di pejabat saja.

Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi.Apa yang anda perlukan adalah  usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya.Selamat Berjaya di kerjaya masing-masing!

Baca juga tentang kisah tokoh jutawan-jutawan terkenal,pada mulanya menjalani kehidupan yang susah sebelum berjaya disini;

Bagaimana Kisah #8 Taipan Dunia Yang Hidup dari Zero Dapat Menginspirasi Anda Untuk Sukses.
Enter Your Email Address To Get Update From Fortuna Media.com .
Print PDF
Next
« Prev Post
Previous
Next Post »

Copyright © 2013. Fortuna Media.Com | Blogging Tutorials,Tips,Tricks,Menus - All Rights Reserved | Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger